Jalan utama JB-Mersing ditutup



Jalan utama menghubungkan Johor Bahru-Kuantan ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan berikutan tanah mendap di KmM16 berhampiran Institut Latihan Perindustrian Mersing.
Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata tanah mendap seluas 70 meter dan sedalam 15 meter itu berlaku kira-kira 2.30 pagi tadi dan hampir meragut nyawa pemandu kereta, seorang warga emas lelaki dan beberapa penumpangnya yang melalui jalan berkenaan.
“Sewaktu kejadian, kereta itu terjatuh ke dalam gaung tanah mendap berkenaan.
“Bagaimanapun, mangsa berusia 60 tahun dan penumpangnya yang lain tidak mengalami kecederaan serius dan telah dirujuk ke Hospital Mersing untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan di Johor Bahru, hari ini.


Comments

Popular Posts